Lamaze Wrist Rattle and Foot Finder


since Rayyan dah boleh pegang toys,gentel-gentel,belek-belek..mummy pun purchase another toys from this blog shop.saja nk menambahkan koleksi toys Rayyan,dalam erti kata lain,nk semakkan lagi rumah,hehe~

so,yun rasa Lamaze Wrist Rattle and Foot Finder ni sesuai utk anak bujangku,sebab die suka benor dengan colour yg striking,kadang-kadang die boleh tenung sampai juling-juling mata,comel je anak mummy ni..


survey punya survey,jumpalah this blog,My Baby Kids World..mommies semua boleh cekidaut k,murah-murah jugak toys and other items too!


p/s:last weekend,Majlis Cukur Jambul Rayyan,penatnya tak hilang lagi,nanti mummy yun update upacara pemotongan jambuls anak teruna ku,hehe!

Peek-A-Boo at Baby Carnival Sale!


pagi tadi sempat singgah ke Baby Carnival Sale..niat di hati nk beli drawer kat ikea je,sampai sana baru bgtau hubby nk melencong ikano jap,alang-alang ikea and ikano berjiran,hehe~

seronok pergi awal2,sebab barang banyak lagi and of course yg plng best tak ramai orng!yuhuu!

overall,Baby Carnival Sale sgt sesssuaaaii utk mommy to be,sebab rata-rata barang murah especially baju,mittens,booties,bedding set,kira m2b yg belum beli brg baby sgt berbaloi kalau pergi..jeles tengok swaddle blanket murah,comel-comel sangat..

barang avent tak banyak,ada sterilizer,blender and a few items je,nk cari avent teats utk Rayyan pn tarak..






orang kata dah alang-alang sampai,yun mulalah gatal nk membeli,tengok2 macam tak tau nak beli apa utk Rayyan,baju dah banyak,belum pakai pn ada,membazir plak kalau beli,baju girl yg banyak cantik2,baby boy quite limited,ada pun utk range 1 year and above..anyway,mainan sangat murah..mummy and papa yg sakan memilih!hehe!

serius,toys coloria and simple dimple murah..from RM1-RM30

memandangkan hari ni jumaat,kami laki bini terkejar-kejar pilih barang,bayar laju-laju,pecut g ikea,then balik.Fuhh!semputtt...tapi hati puasss!kihkihkih~


best sgt pram toys tu dapat RM 10 hinggit je..and semua barang di atas tak lebih 1o hinggit,puas hati,hehe!

so,dear mommies and mommy to be,don't miss a chance,harusss pergi Baby Carnival Sale ni,and dont forget to bring your checklist,rasa best plak tengok preggy mommy shopping tadi,terkenang plak masa shopping barang baby dulu,excited sangat!uikss..macam tak saba plak nak bagi Rayyan adik,hehe..

Happy Shopping and Happy Weekend dear mommies..=)

Baby Carnival Sale


sungguh menggugat jiwa dan raga,kaki meronta ingin terjah ke sana..malas nak cerita banyak2,dear mommies and m2b sila scroll kan mouse anda ke bawah ye..hehe~

**

**

**

**

**

**

**

**

* Baby Carnival Fair is coming to IPC Shopping Centre (IKANO) 2nd Floor.

* Up to 70% Discounts from 28 Oct till 7 Nov 2011.

* Baby wears & accessories, feeding & nursing products, travelling systems etc.

* More than 15 well known international brands participated with superb bargain prices


Happy Shopping! =)




Bring Me Free Hijab!!

pagi ni berblogwalking ke blog Na,teruja plak nk join Lucky Draw ni..menarik gak,saja suka suki nak join,mana tau terkena number cantikkk!!dapat free hijab.. =)

this is an easy game for bloggers! get a chance to win free hijab!! we'll be giving away 5 hijab for free!!u might be the lucky five!! all you need to do is just..
1. copy this to post to your blog..with a title "bring me free hijab"
2. then email to nadenook@hotmail.com give us your blog url
3. we will give your number for lucky draw
4. you must post this before 29 October 2011
5. we will announce 5 lucky number on 30 October 2011

kalau takde blogger account,boleh join thru Nade Nook FB k.. =)

Nursing Wear


nursing wear sangat diperlukan untuk ibu-ibu yg menyusukan anak,senang kalau pakai nursing wear ni,kat public pun kita still boleh breastfeed baby kan?dulu,yun pakai nursing poncho/nursing cover,tapi my dear baby rimas,dia rasa lemas kot dalam kain tuuu..menjerit-jerit,mummy yg malu kat public,orang ingat mummy dera anak,dah la volume Rayyan terus naik gear 3,hehe!

so,yun pun menjalankan misi mencari nursing blouse/wear,senang kalau ada blouse yg boleh selak je,so anytime my dear baby nk nenen,mummy standby je selak..my 1st nursing blouse,yun beli brands autumz,ni rembat kat One Baby World.Autumz selesa,kain sejuk,tak panas,and design dia ala2 muslimah sikit,cutting a bit loose..tapi harga boleh tahan..so,yun just beli satu..

credit:One Baby World

then,belek-belek online semua pricey,ada tu tshirt and blouse simple je,harga mencecah hampir seratus ringgit,macam tak logik,sebab bukan susah pn buat bukaan utk nursing wear,lainla kalau Dynas Nursing Attire,standardla kan sebab ada jenama,ni takda brands,mahal ya ampun!!maybe high demand from mommies,sebab tu penjual ni pakat jual mahal..Ishh!

at last yun jumpa online store,yg jual affordable nursing wear,tq to mama afiq,yg recommend this online store.bukak2 je terus borong dua helai sebagai permulaan..mommies semua boleh cekidaut kat cni,Summerglitz..from babies,maternity and nursing wears,semua ada..


credit:Summerglitz

oh,btw mummy yun tak dapat komisyen pn promote ni.hehe!just nk share dengan mommies2 semua,and if u guys ada online store or any blog shops yg jual affordable and yet trendy nursing wear,sharela dengan yun k!

Happy Breastfeeding dear mommies! =)

p/s:misi mengumpul nursing bras and nursing wear,hehe!


Segmen:What's in my bag??


tq farhanna for the tagging! =)

nak tengok apa ader dalam beg mummy yun??memandangkan baru balik dr tesco,beg penuh dengan barang si kecik je,hehe!

what's in my bag??


  1. coach wristlet
  2. hp nokia cikai (khas utk call hubby je)
  3. hp nokia 5530 (not in the picture,sebab tgh snap pic!)
  4. pampers Rayyan
  5. toilettries Rayyan
  6. botol susu Rayyan
  7. makeup bag
  8. hand lotion
  9. botol air
  10. pen

Hanya perlu :
  1. Salin tajuk : Segmen : What's in my bag?
  2. Copy dan Paste gambar Banner atau Header kat atas tuh serta link kan ke post ini.
  3. Tag beberapa banyak blogger korang nak.
  4. Publish dan letakkan url entry korang di sini.


yun nak tag:

rasa nk tag lagi,tapi sape2 yg terbaca entry ni,yun berbesar hati men'tag' anda semuaaaa!!teringin gak nk sekodeng beg korang semua,hehe! =)



Weekend Getaway!

ini percutian yg tidak dirancang,semuanya last minute booking,alhamdulillah ader lagi bilik..kira da nk give up,call hotel semua penuh..memandangkan sekarang pn musim panas,kami pn mencari destinasi yg boleh rileks tepi pantai dan pastinya mummy yun mau pegi hotel!haha!Oppss,belum 100 hari lagi,no hunnymoon yee!!so,it was Rayyan's 1st Trip to Penang..Rayyan rileks je,mummy die yg excited bukan main...

pukul 10am,kami pn bertolak ke Penang,hajat di hati nk pergi awal lagi,tapi biasala bila dah ader si kecik,terhegeh-hegeh la sikit..hehe!

kita nk g Penang ke mummy??yeyeee!!!

before check in,kami melepak dulu kat Queensbay Mall,lagipun Rayyan macam restless duduk dalam car seat lama-lama,so mummy and papa pn blh la shopping kejap kat Jusco,kira kene la timing,masa tu ader sales!!sempat lagi meroyannn membeli-belah!

sampai hotel je,lepak-lepak dulu..tak sabar tunggu petang sebab mummy tak saba nk terjun pool and pergi pantai!mummy melepaskan gian nk swimming since preggy hari tu...kesian papa and Rayyan tengok je,mummy swimming..haha!



Rayyan tak boleh join mummy swimming lagi,once dah boleh duduk papa belikan pelampung k!mummy celup2 jela kaki kat air dulu,buat syarat...hehe!




1st time kami holiday bertiga..perasaan tak sama macam pergi berdua.1st excited sebab bawak si kecik,then bila dah ader si kecik,macam2 kene siapkan,baju,pampers,termos,susu,bottle..kalau dulu boleh berendam lama2 kat laut and pool,now tak boleh dah..before maghrib kene naik bilik..bila time breakfast,dulu blh take our own sweet time..sekarang tak lagi,makan pn kene gilir-gilir lagi2 bila Rayyan mula nangis, bila dia dah tido,mummy and papa pn melantak beround-round!hehe!



even it was a short trip,mummy dah happy sangat,tq papa belanja mummy and Rayyan holiday!!nanti kita pergi jalan2 lagi k...overall Flamingo Hotel Penang memang best!from room,services,to foods semua superb!highly recommended! =)



Rayyan's 2months Progress and Checkup


alhamdulillah Rayyan sudah 2 bulan..sekejapnya anak mummy besar,nangis pn suara dah lain,rindu suara die nangis masa baby..hehe!

2 months progress:
- dah pandai senyum-senyum
-suka sangat mandi,siap tolak kaki kuat-kuat dalam bathtub macam nk berenang!
-dah pandai pegang mainan,pastu cepat je nak masuk mulut
-suka hisap jari,sampai basah baju
-dah pandai tido sendiri,tepuk-tepuk terus lena
-makin kuat menyusu



2 months checkup:
kali ni,anak mummy good boy!masa nurse inject die tak nangis,sebab yun awal2 umpan die dengan nenen,kira masa inject tu Rayyan tengah menyusu..die nangis sikit je,terkejut ingat nyamuk gigit,pastu terus tido sampai balik rumah..Mmm,lepas ni standby je la nenen kan?senang.. =)

berat: 5.0 kg
tinggi: 63 cm

anak mummy slim,tapi makin meninggi!hehe~

ok,ada cerita kelakar di sebalik checkup Rayyan hari tu,lepas number dipanggil,yun pn masuk jumpa nurse.sekali tengok.."Oo,ok,nurse pelatih,in training la ni.."

so,start sesi tanya soalan,cmner progress baby,baby sihat tak,and paling kelakar bila sampai bab baby minum susu apa,BF?or FM?

nurse:baby puan BF ke?
yun:yup..tapi saya campur FM sebab tak cukup
nurse:FM pakai susu ape ye puan?
yun:susu SNOW!
nurse:huh?Snow?camner ejaan nyaa??
yun: GULP??!!bia betik nurse tak tau eja snow (dalam hati ok!).....S-N-O-W

hahaha!dah macam kelas mengeja plak dalam tu,kesian nurse baru ni,punyala ikut modul nk menyalin,tulis bulat-bulat lagi,more than 30minutes menghadap die,Rayyan dah mula meragam sebab tak selesa..ada cerita lain plak,ni bab bila die tanya progress Rayyan..

nurse:puan,die dah boleh kenal ibu die tak?macam tenung muka puan?
yun:mmm,rasanya boleh..
nurse:kalau puan panggil nama die dari belakang,die pandang tak?
yun:Huhhh??!!betul ke soalan budak ni (monolog dalaman)

nak tanya mommies semua la kan,kalau ikut logik,ada ke baby 2 bulan kenal nama die?and boleh toleh belakang kalau kita panggil??yun rasa nk tergelak bila nurse tanya soalan tu..yun cakaplah,ishh,xboleh lagi rasanya..kecik lagi kot..nurse ni plak beriye2 panggil nama.."Rayyan!Rayyan!Rayyan!.."

dah sah-sahlah Rayyan buat tak tau je..haha!

yun tak pasti adakah baby boleh kenal nama seawal usia 2 bulan and boleh toleh pada siapa yg memanggil?or nurse ni tersalah tanya soalan?or tersalah baca soalan dalam modul die?

risaula plak kalau semua baby boleh,tapi Rayyan tak..for me,is it too early??baby korang semua at 2 months macam mana?huhu~

Breastfeeding Journey

Salam dear mommies and readers..

lama dah yun nak post pasal ni,tapi asik tertangguh sebab kesibukan melayan si anak bujang Rayyan Afif.bila nak cerita pasal breastfeed Rayyan,banyak sangat kisah suka duka dalam misi yun nak fully breastfeed Rayyan..hanya tuhan je yang tahu macam mana yun terpaksa kentalkan hati dan kuatkan semangat demi Rayyan..

mungkin nasib semua orng tak sama kan?ada yg lepas deliver boleh terus breastfeed baby and even dalam labour room dah boleh breastfeed baby..alangkah seronoknya kalau ader yg bertuah mcm tu,yun rasa ramai je yg bertuah,tapi bukan yun.yun bersyukur dipermudahkan oleh Allah semasa melahirkan Rayyan Afif,tapi lain pula nasibnya bila pertama kalinya yun nk menyusukan Rayyan..baru yun tau,bukan mudah sebenarnya..

lepas seminggu yun bersalin,baru breast yun membengkak..sakit sangat..nk makan siap kene bersuap sebab tangan yun dah tak boleh angkat..bunyinya mcm teruk kan?tapi ni lah hakikatnya..

ape yun buat utk kurangkan bengkak,yun suruh hubby beli cooler pad,cooler pad hanya meredakan sakit,tapi still bengkak,so next solutions yun tuam dengan air suam..then lepas tuam,baru yun pam..tuam dengan kain suam sangat membantu,ader yg cakap jgn letak kubis,sebab kubis akan keringkan susu..

mama paksa yun directfeed Rayyan,sebab die dah melalak2 nk susu,tapi yun tetap takmo bagi sebab breast sakit giler,masa tu tak tau nape stress sangat..dengan Rayyan melalak,mama plak paksa yun berkali2..and at one time yun rasa benci bila dengar Rayyan nangis,mama risau sebab takut yun kene post natal blues,terms lain iaitu meroyan..dasyat x?huhu!so,nak tak nak,Rayyan minum susu formula for the first 2 weeks..yun plak asik gigih mengepam,siap cakap dengan hubby.."boleh tak kalau takmo directfeed Rayyan,sakit sangat,yun lebih rela mengepam"

mama sekali lagi tak puas hati,dengan selamba je kata yun tak sayang anak,die geram sebab yun takmo directfeed Rayyan,everytime Rayyan nangis die takmo buat susu,die amik Rayyan paksa yun directfeed..yun menangis bila Rayyan start hisap..yg yun sayu,bila yun nangis,mama pun nangis..lagi tersentuh bila mama ckp.."bila ibu menangis sebab sakit menyusukan anak,gugur semua dosa-dosa ibu tu.."

Ya Allah masa tu rasa sedih sangat..yun bersyukur sangat sebab selama ni Mama and suami yun banyak bg support kat yun..so,bila yun nk start breastfeed Rayyan,mama akan temankan yun,picitkan kaki,suami yun plak akan urut2 belakang badan so that yun akan rileks and tak fikir sakit sangat..Yun akui,moral support dr yg tersayang especially family and hubby sgt penting..

lepas pantang,yun rasa syukur and happy sangat dapat fully breastfeed Rayyan,tapi seronok tu tak lama,bila Rayyan dah 2 bulan..makin kerap nk menyusu,hampir selang sejam,yg sedih susu badan yun tak dapat menampung keperluan and permintaan Rayyan..ramai cakap baby boy memang kuat menyusu..so,yun terpaksa topoup formula..orng cakap.."bagi anak FM,tak sayang anak"..tapi in my case,sebab sayangkan anak yun bagi FM,sanggup ke tengok die menangis sekuat hati bila hisap cik B tak keluar susu,yun yang nangis bila tengok Rayyan menangis..

sdih gak tak dapat fully breastfeed Rayyan sebab masa pantang susu yun banyak..sekarang,milk production plak makin kurang..mungkinkah silap cara pemakanan yun,sebab tu susu kurang??or kurang makan kah?or kurang susu??

Ya Allah permudahkanla urusanku untuk menyusukan anak ku ini..

>_<




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Mommies ♥

Blog contents © ♥The Journey Begin♥ 2010. Blogger Theme by NymFont.