Makanan Berpantang

Salam Ramadhan mommies!hari ni dah 26 Ramadhan,maka sudah 26hari lah mummy yun tak berpuasa..alahai,banyaknya lah kene ganti,huhu~

dalam kesibukan semua orng update cerita pasal raya,mummy yun sibuk plak nk bercerita psl makanan berpantang..apa daaa!hehe!bukan niat nk menayangkan makanan masa bulan puasa ni,just nk share so nanti bakal mummy boleh tukar-tukar menu masa berpantang..

kalau ikut mama yun,semua blh makan kecuali makanan yg gatal, seperti seafood..termasuklah udang,sotong dan seangkatan dengannya.ayam blh makan,tp awal2 try avoid dulu..masuk minggu ke 3 nk makan ayam boleh..teringat kisah sepupu yun,hari ke 4 dah makan ayam,lepas tu gatal mengenyam bawah tuuuut..nk garu tak boleh,menahan azabla sorang-sorang..hehe!

air sejuk and ais,a BIG NO-NO!haha!

memang terliur lah tengok orng bebuka dengan ais..kalau sayang badan kene ikut pantang,kalau tak belum tua,urat sendi semua lenguh-lenguh..bak kata makcik urut,badan nak pakai lama,sebab tu kene jaga..kalau tak suami cari lain,gigit jarilah nanti..tersentap mak!!terus tekad nk jaga pantang betul-betul,hehe.. =)

breakfast menu: waffle with butter and honey +herbal life choc shake


lunch and dinner menu during confinement:

tempe+tauhu goreng,daging kicap,sayur kubis+buncis goreng

sup ikan merah

ikan tenggiri masak kicap

tempe+buncis goreng

sup fishball+lobak putih

salmon grill+gravy (fav yun!!)

after all,pada yun makanan pantang takla azab,sedap and menyelerakan lagi..sebab tu ader setengah orang berpantang boleh gain weight sebab berselera je..hehe!sebab tu sedap macam mana kene control and ikut pantang orang tua TAK BOLEH TAMBAH NASI dan JANGAN MAKAN BERSULAM AIR..kalau nak minum pun sikit-sikit tapi kerap.. =)

apape pun,dalam menyediakan makanan berpantang kene kreatif,baru si ibu berselera,sebab nk menyusu baby,ibu kene makan makanan yg berkhasiat..tak gitu? =)

to mommies2 yg tengah berpantang bolehlah share2 makanan berpantang dengan yun.. =)

till then,take care ya!

Rayyan's New Ride!


Alhamdulillah..rezeki Rayyan nak dekat raya ni..

TQ tok baba and nek mama sebab hadiahkan stroller utk Rayyan,tak payahla papa beli,hehe~


tok baba excited nak ajak Rayyan beraya sebab tu dia beriya beli before raya,kalau ikut papa and mummy nk beli nanti je..Alhamdulillah,nasib tok baba mengambil langkah yg cepat dr papa dan merembat stroller Halford Zuss 4 & Babio Modular System,ni pun tok baba cakap tinggal last unit je kat FabolousMom.memang mummy and papa plan nk beli Halford Zuss 4,sebab ada carrier and stroller sekali..kalau kitaorng pergi bulan depan sure dah takde stock,menangisla nk cari stroller lain..rasanya ni kot antara travel system yg reasonable harganya,kalau nk beli quinny mummy and papa kene savingla dulu,hehe~

hi uncle and aunties!Rayyan nk pergi raya ni..Vroommm2!!


Halford Zuss 4 & Babio Modular System

Rayyan at 3 weeks


Salam Ramadhan mommies!

seminggu baru nk update gara-gara laptop keyboard rosak,bukan rosak ape,mummy yun ganas sangat sampai spacebar button tercabut,giler ganas..hehe!so nk type terkial-kial kene tekan kuat-kuat kat spacebar tu..

sekejap je Rayyan dah 3 weeks,and tempoh berpantang yun pun dah half way!Alhamdulillah mummy and Rayyan sihat..yun masih menggigihkan diri utk menghabiskan pantang,paling tak tahan tgk orang minum ais masa tengah berbuka..azab tengok!Ya Ampunnn!

Rayyan at 3 weeks!

after 3 weeks,baru lah papa Rayyan nk buat surat beranak/sijil kelahiran..lambat kan?siap kene denda RM 5.bukan saja nk melewatkan,tapi sijil nikah tertinggal kat Taiping..so,papa kene balik Taiping and a week after tu balik KL baru register..

so,kepada bakal ibu and ayah,yun nk pesan,let say isteri bersalin and berpantang kat rumah parents,jauh dari rumah sendiri..kene ingat standby sijil nikah siap2,utk anak pertama pihak JPN tak accept 'Kad Perakaun Nikah'..JPN nk tengok sijil nikah yang ORI..kalau anak kedua dan seterusnya takpe,just tunjuk Kad Perakuan Nikah je. =)

antara dokumen lain yg perlu dibawa masa register:
  • kad pengenalan suami & isteri (ORIGINAL & COPY)
  • buku rekod kesihatan ibu and baby (ORIGINAL)
  • sijil nikah (ORIGINAL & COPY)

my kid Rayyan boleh amik after raya.. =)

Detik Kelahiran Rayyan Afif


Salam mommies =)


waa!hari ni baru berkesempatan nk update detik2 kelahiran Rayyan Afif.

diam tak diam dah masuk hari ke 14 berpantang.
mummy yun pn dah selesai mengurut!sakitt oo,lagi2 part die naikkan peranakan tu!tp alhamdulillah badan pn sedap and yg penting mummy yun dah turun 10kg!yeah!

nk cerita pengalaman bersalin tak tau nk start dr mana..kronologi cerita start dari yun mula turun tanda a week before due date.suspen u!ingat nk bersalin dah masa ni.. =)

first of all,sorry kalau entry ni panjang sikit..mintak ampun awal2,hehe!

22 July 2011 (11am-2pm)
  • sudah keluar tanda, as published in this entry!

24 July 2011
  • ader checkup dgn Dr Zarul.doc suggest kalau still tiada bukaan and contractions,die bagi tempoh seminggu after due date.if still NO,induce jawabnya!masa ni stress sebab takut induce sakit..hari2 pujuk baby suruh keluar ikut due date,sbb mummy die mmg penakut,hehe!
  • hubby yun dah balik taiping,sebab katanya sayang cuti..ok,masa ni sdih sebab tetibe terasa mcm akan bersalin time hubby takde.. >_<

27 July 2011 (2pm)
  • mama tetibe nk belanja steamboat,punyala layan and tetiba time makan sakit perut nk yak2.tertonggeng menahan,tak senang duduk dah..sebab sakit tu kejap ada,kejap hilang..

27 July 2011 (10pm)
  • perut sakit memulas and cirit birit sampai 3kali,yun dah risau sebab takut food poisoning!plus siap muntah2!masa ni tak senang duduk,tetiba salahkan steamboat ptg tadi,tp adik2 yun tak sakit plak,terpk nth2 contractions!
  • still sakit memulas,panggil mama sebab tak tahan sgt and nk pergi hospital!mama tak bg call hubby yun sebab takut bukan sakit nk bersalin,tp keracunan!nanti kesian dia drive malam2 buta..ok,rileks dulu,tp sakit da mcm nk tercabut usus,pinggang semua!huhu~

28 July 2011 (12am-1am)
  • sampai hospital kene duduk dlm wilcha,sebab yun dah lembik sangat,asik muntah2 je.masuk2 jumpa doc yg on-call malam tu.bila cerita die terus cakap.."ini bukan keracunan,ni mesti contractions,bila u dah sakit sangat,u akan muntah2.."
  • ok,masa ni dah malas nk dengar die bebel,tak tahan sgt!doc pn buat VE!and cek bukaan..sudah 3cm!!masa tu rasa nk bersalin dah ke aku ni??terus nurse tolak ke wad.nk call hubby suruh balik,mama plak ckp xpayahla,esok pagi kot bersalin..
  • yun dah tak sedap hati,call hubby immediately,suruh die balik jugak!
  • contractions every 10 minutes!

28 July 2011 (2am-3am)
  • kat wad,nurse sekali lagi buat VE!confirm 3cm!
  • CTG done,and masa tu bacaan tak cantik sangat,sebab yun tak duduk diam gara2 menahan sakit yg maha hebat!
  • nurse pn inject painkiller..masa ni sakit tak kurang tapi ngantuk sgt!
  • bila sakit contraction dtg,yun suruh mama gosok2 tangan yun,baca selawat.
  • muntah teruk bila sakit contractions dtg!
  • contractions every 5minutes!

28 July 2011 (330am-430am)
  • masa ni lega bila hubby dah sampai,dalam mamai2 tu suruh hubby picitkan tangan and mintak air selusuh.
  • muntah tak tau utk ke berapa kali,huhuhu!
  • masa ni sakit sgt!cakap dgn hubby.."yun nk berak!tak tahan sgt!sakit!"..masa ni serius yun macam nk teran dah,toleh kiri kanan,and tiba2..bunyi macam paip bocor!masa tu air ketuban terus pecah!banjir katil!huhuhu!
  • nurse dtg buat VE and cek dah 7cm!terus rush to labour room!

28 July 2011 (430am-5am)
  • sakit makin kuat.lawak plak masa ni,siap ckp kat nurse.."nurse saya nk berak,xtahan sgt!"..nurse ckp"kejap2,nanti awk berak ye,tahan k"..padahal masa tu baby nk keluar dah sebenarnya.
  • masa ni nurse suh praktis breathing technique,utk kurangkan sakit..tq hubby sebab fully support yun masa ni.
  • before doc sampai,yun mintak ampun kat hubby kalau ader dosa and salah silap,in case apape terjadi..sdih masa ni..hubby yun pn nk nangis..
  • doc zarul sampai,sempoi giler die sambut rayyan dgn t-shirt hard rock cafe!haha!sakit2 sempat jeling die pakai baju ape! =P
  • doc dah ready and suruh yun push.once sakit je,die suruh push kuat2 mcm nk yak2 tu.Ergggghh!PUSH yang pertama..then tak rase sakit doc suruh rest jap,masa ni yun rileks and rasa ngantuk..then sakit dtg lagi,doc ckp..PUSH!Erghhhhhh!..doc ckp sikit lagi..and masa 3rd push tu..PUSH!!Erghhhhhh!!..masa tu rasa lega sangat rasa mcm ader benda yg keluar!
  • Alhamdulillah,dengan 3 kali push and tepat 5:04am,yun selamat melahirkan Rayyan Afif,doc siap ckp lagi,good!pandai push!hehe~
  • lepas dah tengok baby,yun terus tak sedar sebab doc full bius utk jahit bawah tu,sedar2 je sorng2 dalam labour room!

28 July 2011 (630am)
  • masa ni kat wad dah.mama and baba terus jumpa yun,muka happy sebab dah tengok cucu kat nursery.
  • before balik,mama siap ckp.."sngnya awak bersalin,tak mcm mama kene induce,lepas ni jgn tnggu lama2,beranak lagi!"..adoi ma!nantila dulu!hehehe~


Alhamdulillah,syukur sgt sebab sakit nk bersalin tu tak lama,5 jam je..and yun bertarung dlm labour room dlm setengah jam.serius rasa sekejap sangat mcm mimpi..betul orng cakap,once baby dah keluar penat and sakit semua hilang..rasa lega,gembira,syukur sgt..

bila baby dah keluar yun rasa sdih,dalam sakit-sakit tu terfikir betapa besarnya pengorbanan seorng ibu,sakit bersalin tu hanya Allah yg tahu,sebab tu jangan derhaka pada mak kita..

tetiba yun teringat peristiwa tahun lepas,dua hari sebelum menjelang Ramadhan,yun mengalami keguguran anak pertama,rasa berat dengan ujian yg Allah berikan..suami,family and kwn2 yg byk bg yun semangat utk kembali kuat menerima semuanya..

siapa sangka,pada tahun ni,tiga hari menjelang Ramadhan,yun and suami menyambut kelahiran putera sulung kami..Ya Allah,rasa bersyukur sgt,Alhamdulillah..setiap apa yg berlaku jgn sesekali kita salahkan qada' dan qadar Allah,pasti ada hikmah disebalik apa yg berlaku..setiap kepahitan Allah akan menjanjikan kemanisan,cuma cepat atau lambat je..

moga Muhammad Rayyan Afif membesar degan sihat,bijak,jadi anak yg soleh,taat dan membahagiakan mummy and papa,k..aminnnnn! =)

Muhammad Rayyan Afif

Muhammad: "Yang terpuji"
Rayyan: "Kepuasan;Pintu syurga bagi orang yang berpuasa"
Afif: "Punya harga diri"

Review on Spectra 3


salam ramadhan mommies..

nk cerita pengalaman bersalin xsempat lg nk mengarang,ni nk cite sikit psl Spectra 3.. =)

before ni yun ader prob cik B bengkak ms baru deliver,puas letak kubis and beli cooler pad utk surutkan bengkak..bygkn nk mkn pn xleh nk angkat tgn,menangis2 smpai hubby tak smpai hati tgk..so,yun pn try pump and alhamdulillah dpt feed baby even dgn EBM dulu,sbb nipple sakit nk bg directfeed..

so,yun pn keep on pumping,and after hubby tgk hasil perahan sgt menggalakkn,die offer belikn pam letrik,sbb kesian tgk yun gune manual pump,lenguh,huhu..

after bc review from other mommies and recommended by cousin yun,yun decide beli spectra 3.hari ke 4 berpantang hubby terus beli kat FabolousMom kt Taman Tun Dr. Ismail,nasib dekat dgn rumah..
Alhamdulillah,dgn izin Allah,dptla 5oz ms 1st time pumping..rezki rayyan di bulan ramadhan.. =)

so far,spectra 3 mmg best!highly recommended!
  • Quiet operation-masa mengepam bunyi tak kuat,and tak ganggu baby nk tdo.
  • Adjustable suction-for 1st time users,dont worry,tak sakit,mase mula2 nk pam,try slow suction,bg nipple exercise dulu,then dah kua susu sikit,kuatkan suction,insyaAllah tak sakit.
  • Dual pumping suctions by getting the breastshield kit-blh pam kiri and kanan skali,yun terus beli package (add Rm40 to dual pump+PWP-nursing bra).
  • Helps to draw out inverted nipples-terus terang yun mmg ader problem dgn cik N,so baby susah nk directfeed and menjerit2 sebab die tak dapat susu,sedih masa ni..so,yun keep on pumping and cik N pn mula okey,alhamdulillah baby yun dah mula directfeed.
  • Mimics baby's sucking rhythm-selesa mengepam and tak sakit.
  • Easy to handle,wash and sterilize
  • Reasonable and affordable

for the time being,yun just makan shaklee alfalfa,kurma,and minum enfamama utk milk booster,mudah-mudahan niat murni mummy yun nk fully breastfeed dipermudahkan..amin!!

Happy Breastfeeding mommies!

Happy Tuesday!!


salam,happy tuesday mommies!!


1stly,tq so much mommies for the luvly wishes!!sorry sgt yun tak sempat nk reply every comments,mummy yun masih kelam kabuts nk handle si kecik,nasib ader mama and hubby yg sudi membantu,hehe~

nk online pn dpt sekejap2 je,mama yun bising la..die tak bagi yun mengadap laptop lama2,pantang katanya..ikutkan jela..ni pn curi2 sebab die keluar kejap..

Alhamdulillah,baby dah start minum susu badan,tp bukanla directfeed,anak yun jenis tak sabar,memandangkan susu yun takla mencurah2 bagai air pancut tu,so yun terpaksa pump before die bangun..Alhamdulillah,even tak banyak,aderla sikit utk Rayyan..kadang2 kalau tak sempat yun terpakasa campur susu formula..tak sampai hati tgk die melalak2,mummy yg nak nangis tgk..

aneway,congrats to mummy noli,mummy nieja,and mummy adam.Alhamdulillah,semuanya selamat melahirkan baby.. =)

oklah,mummy yun nk sambung pumping,harap2 bertambahla rezki utk rayyan,harus kuatkan semangat ni..insyaAllah.. =)

take care mommies!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Mommies ♥

Blog contents © ♥The Journey Begin♥ 2010. Blogger Theme by NymFont.